Monday, 14 April 2014

UKCG DI IPGKRM 2014

HELLO UOLLSSSSSSSSSS .

Hahaha . Hari ini aku rasa aku amat femess . Bukan sebab baru mengeluarkan single baru *apakah?* tetapi aku telah menghadirkan diri ke ujian kelayakan blaa blaa blaa in the braket UKCG . Hihi . Yelah , hari ini kan hari pertama . Ramai kengkawan dapat hari Rabu lah Khamis lah , tapi aku dapat hari ini . Takdir . Memang aku takde kawan di situ . Yg aku kenal tetibe ternmpk pon Izzah dan kak sholihah . Tuu pun kami berasingan jauhh . Sempat berhai hai bye bye jee T.T Tapi tak pe sebab masa pon bukan lama nau pon utk kita memerlukan kawan yg rapat . Tapi ada lah jugk beborak sesikit "amik bidang apa?" "dari mana?" hah tu jelahh . Tak de nak bergelak gurau senda sesama . Okay stop !

Awal aku bertolak dari rumah Pak Ngah *thank you pak ngah sending me there* dalam pukul 6.15 lepas subuh gituu lah utk menuju ke destinasi . Yelaa takut sesesat ke kan . Mana tahu . Preparation lerr kata kan , huhu . Sampai dalam pukul 7.45a.m. Sesampai jee dah boleh tahan ramai jugak lah manusia yg berbaju putih berseluar hitam dan berkasut menuju ke sebuah dewan . Sesampai jee blank gile nak buat apakah ? ke manakah hala tuju ? Blurrrrrrrrrrr ...... Tapi ada nmpk dieog semue serbuu kertas yg tertampal di dinding dewan dannn aku pon mulalah menapakkan kaki di sana . Meja 3 bilik 07 . Ohhhh . Dan bila dah tahu ada lah kakak senior mengarahkan kami beratur utk pergi ke sebuah blok . Beratur lah mcm form 1 form 2 beratur nak g lab . Tetapi tetibaaaa .. jeng jeng jeng "didaaaaaaaaaaaa ! " haha , terseronok pulak tetiba aku jumpa die . Tak pernah lah seseronok tuu . Kalau dulu kalau jumpa rasa nak lempang jee *gurau , gurauuu* The end di situuu .

Seterusnya adalah utk menjawab ujian bertulis . Akak tuu agak nya bercakap  dengan og depan je kut . Kite og kat belakang ni tertanya tanya bilik mana bilik mana . Pastu tup tup hilang pulak . Hahaha . Mana lah bilik 07 aku ni . Okayy , keadaan blok tuu seriously 100% seperti bilik darjah . Ada papan putih , meja pelajar dan , meja guru . Dan dan dan , tak berapa lawa sgt . Dan dan dan suasana keseluruhan juga seperti di sekolah . Calon akan dibahagi kepada bilik bilk tertentu yg telah ditetapkan oleh penganjur . No meja pon telah ditetapkan . Kita tinggal cari cari jee . Makna nya kalau kita terpilih utk ke IPG adakah kita akan belajar di bilik darjah ?????? Hahaha , nma pon nak jadi cikgu sekolah rendah kan , jadi terimalah .

Okayy , maka ujian pon bermulalah pada tepat jam 8.30a.m. Ada 2 bahagian A dan B . Bahagian A ada 135 soalan dan bahagian B ada 60 soalan , masa yg diberi 45 minit sahaja . Bahagian A tuu soalan dia macam macam . Aduhh , acane nak ckp ehh . Ada 2 pilihan jee A dan B . Mcm diaa tanya kau soalan dan kau jawab lah A.wajar B.tidak wajar . Takde soalan yg memerlukan kau menghafal atau menggunakan bahasa sastera , saintifik atau menggunakan kakulatorr pon . Soalan tuu hanya membuat kita berfikir apakah rasionalnya . Yelaa , kau kan nak jadi pendidik . Amik yg positif positifnya sajee walaupon kau rasa bila kau jawab tuu mcm kau ni hiporkrit terhadap diri sendiri . Yelahh , penipu kan . Hhaha , paham tak ? Okayy , bahagian B nya pula mcm tentang diri kau sendiri . Kali ni mungkin kau boleh jujur kut . Antara soalan yg aku ingat lah 'adakah anda sering mendengar sesuatu membisik di telinga anda' 'adakah anda merasa tidak ada orang yg menyayangi anda' 'adakah anda merasa untuk mati' macam tuu lah lebih kurang . Pilih A.tidak benar sama sekali B.tidak benar C.benar D.sangat benar . The end . Cukup masa pensyarah kutip .

Okay . Habis jee menjawab , kami telah diarahkan untuk beratur di luar *see , berdisplin kan* dan memasukkan baju di dlm seluar . OMG ! Seumur hidup aku aku tak pernah buat sebegitu ! Mulanya aku tak buat tapi akak tuu berulang kali suruh , tention gak aku . Fuhhhh . Then masuk kan jelaaa . Dan kami berjalan menuju ke dewan yg memula kami check nama tadi . Ingat kan nak buat apa rupanya nak dgar taklimat pasal ujian fizikal . Dan di sini lah kita kan mengetahui apa yg perlu dibuat , so dont worry about apa yg kau nak buat pasal ujian fizikal . Klau aku yg agak eheemm ehemmm ni  boleh takkan kau tak boleh kan ? Tapi tak pe lah , meh aku gtau apa nak buat ujian fizikal memandangkan ramai yg curiosss . Huhuhu . Tpi sebelum tuu senior senior akan panggil nma kita utk kita bergroup . Group ni telah ditetapkan oleh mereka . Jgn nk berangan nak bergrouping ngan kawan ke , crush ke okay ? Good !

Semua ada 5 station . Station pertama station yg paling paling paling aku benci ! BMI . Aku tak pernah jujur kat sekolah dulu tentang BMI aku . Menyesal aku tak diet dulu sebelum datang ujian . BMI ni pon ade markah . Ikut lah klau ideal berapa markah , obess berapa , lebih berat badan berapa . Hahaha , jgn tanya aku punya ! Station ke dua tekan tubi bervariasi . Lain sikit ngan SEGAK kat sekolah dulu . Sebab nama pon variasi kan . 5 pergerakan jee dieog suruh buat . Tak susah , jgn risau . Next station , station 3 adalah lompat quadrat . Ikut turutan 1,2,3 dan 4 . Di sini kita kena lelompat ikut quadrat dan seimbangkan badan kita . Lompat lah klau boleh smpai 30 kali . Nnti dapat markah penuh . Walau aku bnyk buat salah tadi tapi abg baik tuu bg aku full mark . Tenkiuuu! haha . Jgn risau , abg India . Haha . Seterunya , station 4 silang sisi kut nma dia . Kita kangkang sikit , sentuh tangan ke lantai , then bangun pandang kanan sentuh dinding . Sentuh lantai semula bangun semula then pandang kiri dan sesentuh dinding kiri . Buat lelaju . Markah penuh akan diperoleh kalau kau mampu buat dlm 40 lelebih . Aku dapat 48 dan dpt full mark 15% . Okay , dann yeahhh , station terakhir , bleep test . Ni kene lelari sikit . Lari lepas dgau bnyi 'bleep' ke kon diseberang . Berhenti seketika dan lepas dgau lagi bnyi 'bleep' lari lagi ke kon yg permulaan . Dgau lagi lari lagi dgau lagi lari lagi smpai kau penat dan tak mampu lagi untuk smpat smpai ke garisan semasa bunyi 'bleep' tuu . Masa akan meningkat dengan meningkatnya level kita . Untuk og yg mcm aku yg memang jarang lagi amat jarang berjongging ni mmng cepat lah berhenti . Tak mampu aku lari lelama . Paham tak ayat aku kat sini ? Hahaha . Okayy habis stationn , yeahhh . Tuu je pon . Hhahaha .

Aku habis kira kira dalam pukul 12 setengah sebab ujian fizkal tuu dia mula awal . So dapat lah habis awal kan . Setelah group habis buat ke semua station baru kita boleh balik .  Dan di situu berakhirya UKCG aku pada hari ni di Kampus Raja Melewar . Boleh pakai baju sukan dari pagi dan jgn nak menonjol dengan hanya engkau sahaja pkai baju cantik okay ? Dan dan jgn nak berangan sangat kat sana nak jumpa senior kekacak lagi kacak sebab major yg jga di sana Senior India . Harap maklum semua dengan cerita aku di sini .

gambar google je , tak sempat nak selfie kat sana . HAHA