Friday, 4 April 2014

JPJ TEST 2014

Dan akhirnya setelah sekian lamanya penantiku akhirnya ia berakhir dengan jayanya semalam . Alhamdulillah aku telah lulus test jpj dan bakal menampal pelekat P pada kancil mak akuuuuuu .

Thank you , thank you . HAHAHA
Thank you lah pada SSDC Jasin dan pada cikgu yg telah mengajar aku dengan penuh penuh penuh ketekunan . Haha , puihh . Dan pada entry ini aku nak bercerita semua mengenai pengalaman aku semalam . Mana tahu dapat membantu sesiape yg menjengah kat belog aku ni *bajet famous kjp* haha . Awal aku datang ye semalam . Ada lah dalam 8.15a.m . Dedatang je aku terus masuk opis die . Aku ingat kene tekan nombor ke ape ke . Rupa rupanya die dah siap aturkan untuk kita . Tinggal check je kau dapat nombor giliran ke berapa . Tiada istilah siape cepat dia dapat di sini ya . Even awal mana pon kau datang kalau die dah tetapkan kau giliran ke 100 , ke 100 lah kau . Hhaha , so bersabar ya . Lepas tuu mereka menyuruh angka giliran dari no 1-50 untuk mendaftar dahulu . Yang lain mereka peruk dalam dewan dahulu . Nasib baik aku giliran ke 45 . Tak awal sangat dan tak lambat sangat dan apa yg menguntungkan lagi aku ada kawan , takde lah aku membisu membatu kat sana . Dah lah pengurusan di sana agak lembab . Biasa lah tuu .

Dalam pada menunggu untuk mendaftar , aku ternampak lah pegawai jpj dia . Wah , segak ! Pakaian seragam dia sebijik macam polis . Sungguh bergaya . Tapi tetibe seram pulak aku tengok . Macam garang je . Apalah nasib aku nanti . Haha . Dah mendaftar , perlulah kami menapak ke atas untuk menunggu masa untuk diuji . Dan ya , menunggu lagi . Menunggu pegawai jpj yang sedang bersarapan di kantin sana tuu . Berjurai peluh kami ni tahu . haihh .

Test jpj tempat aku ni aku tak tahu lah sama ke tak mcm tempat lain . Sebab mereka meletakkan dua kenderaan di hadapan bukit dan dua kenderaan di side parking . Semua calon dikendaki menunggu di satu sudut berdekatan dengan bukit . Di sudut tuu lah jelas boleh tengok kengkawan kita ni pass atau failed bukit . Memang agak malu lah kalau kita failed sebab semua og boleh tahu sebab semua og nampak . Dab jpj tester akan menajamkan pandangannya pada tayar kereta kita . Katanya hanya dua kali percubaan , failed bukit yg lain pun kita akan failed . Teruslah menunggu untuk test jalan raya pula . Punya gemuruh aku ni tuhan saja yg tahu . Tapi aku pujuk hati aku supaya buat bebetul . Yelah Alyah pass takkan aku tak ! Malu lah aku . Dan akhirnya dengan sekali percubaan aku pass jugak bahagian bukit tuu walau aku buat kereta tuu mcm kuda bak kata kakak jpj tuu . Haha .

Dah tuu , aku amik borang kat kakak tuu dan terus ke side parking dan serah kan pulak borang tuu kat pak cik jpj lagi sorang ni *tah mcm ape je* haha . Ada sorang calon ni die tak msuk kotak pon sebab enjin die kekejap terberhenti tapi pakcik tuu suruh die keluar suruh g tiga penjuru . Die sendiri pon pelik siap tnye dah lulus ke ? Tapi pakcik tuu kate pergi lah tiga penjuru dulu . Lepas die dah pass tiga penjuru dan dah letak semula kereta di sebelah side parking dan dia pon amik borang dia . Muka mcm dah hampa dan cecepat die gi kat kawan dia . Aku apa lagi , telinga mula lah melebarkan antena . Lulus weyhh dia . Aku rase pak cik baik gilo sebab ketara kot salah dia . Dah rezeki dia kan . Dan aku pon lulus bahagian side parking dan 3 penjuru tuu sebab aku rasa pak cik jpj ni takde lah amik kesah sgt . Thank you pak cik . Haha . Dan akhirnya , LULUS BAHAGIAN 2 , UJIAN MELETAKKAN KENDERAAN . Yeayyhh !

Aku habis bahagian 2 tuu dalam pukul 11.15a.m dan angka giliran dari 51-95 baru naik ke atas untuk diuji bahagian 2 . Boleh bayangkan tak berapa lamanya mereka kene menunggu . Wuu , alhamdulillah aku no 45 . Dan kami masih menunggu masa untuk di uji lagi . Pukul 12 baru no 14 , 15 . Wahh , aku dah mula buat percaturan masa dengan Alyah agaknya pukul berapa agaknya kiteog . Alyah awal sikit sebab dia no 34 . Kereta yg digukan ialah 4 buah kerata penguji . Ada kancil dan ada viva . Pukul 1.30p.m mereka berhenti untuk berehat . Baru giliran ke 26 . Dalam pukul 2.00p.m baru mereka gerak balik . Masa aku pergi sembahyang , Alyah dah pergi tak sempat ucap good luck . Haha . Dia balik jee , muka happy semacam . Ahh lulus laa tuu . Dan dia dapat penguji yg sama muka macam Ustazah Asiah . Dan kebetulannya nama penguji tuu pon Asiah . Hahha , what the kebetulan betul .

Masa tengah beborak tuu dah sampai pulak giliran aku . Tetibe semacam pulak rasa hati ni . Cewah . Hahaha . Aku masuk jee tak sempat nak bagi greeting segala dia suruh "cepat sikit eh" . Haha . Aku start jee enjin , dia cakap "dah terus jalan" , aku balas lah "tak payah check lampu semua?" "tak payah saya nak tengok skill awak kat jalan je mcm mna" nak je aku balas 'cam tuu pulak' hahahaa . So bermulah perjalan kami . Membatu jee dalam kete tuu . Nasib baik dia bukak radio . Hot f.m pulak tuu . Haha . Keling lelaki depan aku ni pon dia tgh test . Kat lampu isyarat boleh pulak mati enjin dia . Aku dah bersedia dah ni nak jalan dia tak jalan jalan lagi . Lama pulak tuu . Kereta belakang dah mula nak lencong . Apalah nasib aku ikut belakang dia . Haha . Masa nak balik tuu pon dekat lampu isyarat yg sama dia masih berada di barisan hadapan sekali . Masih lambat lagi , lampu dah hijau tak jalan jalan lagi . Apalah nasib dia asyik dapat lampu merah jee , depan sekali pulak tuu . Haha . Dan nak sampai SSDC tuu tetibe die terberhenti pulak kereta dia depan gate . Tah kenapa tah . Hhaha . Lawak pun ade jugak . Dah smpai tuu dia terus bagi borang aku , dan nasib baik sempat jugak aku ckp terima kasih . Haha , lulus jugak kau ika . Walaupun ngam ngam jee dia bagi . 16/20 . Markah lulus bahagian 3 16/20 . Alhamdulillah , tak payah nak ulang2 . Badi aku untuk ulang dua kali akhirnya berakhir . Apa tak nya , comp test 2 kali , pra test pon 2 kali tau aku ulang . Kesian mak aku . Habis duit dia . Hahaha .

Aku check lah balik borang markah aku dan aku salah no 2 . 'tidak membetulkan cermin tepi kiri ' kesalahan aku . Aku rase semua calon lah salah part ni . Sebab cermin tepi kiri tuu sebelah penguji tuu . Takde sape pon yg bukak cermin sebelah kiri utk betulkan cermin . Dan aku pon terpikir sekarang , patut lah ade sorang jpj ni lepas habis jee calon yg keluar dari kereta mesti dia bukak tingkap . Aku ingat dia saje nak amik angin ke apa rupa rupanya itu alasan dia . Tapi tkde pon sesiape ug betulkan cermin sebelah dia tuu . Moralnya di sini , betulkan lah cermin tepi kanan dan kiri walau dah perfect mana pon cermin tuu dan walau berbau mana pon ketiak kau time tuu betulkan aje cermin sebelah kiri jpj kau tuu ya . Hahaha . Dahlah ya . Sampai di sini sahaja coretan aku *puihh* .

P/S : ohh ya lupa nak ckp , cikgu yg ngajau aku kete tuu ckp yg tahun dia mereka nak tampah 2 lagi parking . Maksud nya semua sekali ada 5 lah nnti . Bukit , side parking , 3 penjuru dan 2 lagi . So goodluck okayy :) Kami dah lepas . Hihi

Assalamualaikum :*