Thursday, 24 April 2014

KANG GARRY


Aku suka kau . Cara dan perwatakan kau antara fantasi dan realiti sama dan itu lah apa yg aku harapkan sebelum ni . Aku sangat selesa dengan kau dan terima kasih memahami aku . Aku tak mengharapkan lebih sebab aku takut apa yg aku nak aku takkan dapat walaupun jauh di lubok hati aku ni meronta ingin mendapatkan lebih dari itu . Tapi , apa yang aku nak kau tahu , aku suka kau . Terime kasih , sudi menjadi kawan yang baik untuk aku . Aku harap kau takkan berubah dari apa yg kau ada sekarang dan berpaling dari aku sebab aku mulaaa .... Hmm , abaikan . Please stay by my side :) Tapi kalau kau tak selesa dengan aku , aku tak kesah dan kau pon boleh beransur pergi dari hidup aku sebelum keadaan menjadi lebih haru biru . Tolong , aku taknak kecewa . Sakit nanti . Apa yg mampu aku harap sekarang antara kau dan aku , hubungan persahabatan yg terjalin ni , akan kekal walaupun atas nama sahabat :) Bak kata lirik lagu indon tuu , jangan pernah kau cuba untuk berubahh ~ , cewaahh . Entry ni khas untuk kau dari aku . Okay , sebelum aku lebih berbunga bunga baik aku tamatkan penulisan ini . Sekian :*

Monday, 14 April 2014

UKCG DI IPGKRM 2014

HELLO UOLLSSSSSSSSSS .

Hahaha . Hari ini aku rasa aku amat femess . Bukan sebab baru mengeluarkan single baru *apakah?* tetapi aku telah menghadirkan diri ke ujian kelayakan blaa blaa blaa in the braket UKCG . Hihi . Yelah , hari ini kan hari pertama . Ramai kengkawan dapat hari Rabu lah Khamis lah , tapi aku dapat hari ini . Takdir . Memang aku takde kawan di situ . Yg aku kenal tetibe ternmpk pon Izzah dan kak sholihah . Tuu pun kami berasingan jauhh . Sempat berhai hai bye bye jee T.T Tapi tak pe sebab masa pon bukan lama nau pon utk kita memerlukan kawan yg rapat . Tapi ada lah jugk beborak sesikit "amik bidang apa?" "dari mana?" hah tu jelahh . Tak de nak bergelak gurau senda sesama . Okay stop !

Awal aku bertolak dari rumah Pak Ngah *thank you pak ngah sending me there* dalam pukul 6.15 lepas subuh gituu lah utk menuju ke destinasi . Yelaa takut sesesat ke kan . Mana tahu . Preparation lerr kata kan , huhu . Sampai dalam pukul 7.45a.m. Sesampai jee dah boleh tahan ramai jugak lah manusia yg berbaju putih berseluar hitam dan berkasut menuju ke sebuah dewan . Sesampai jee blank gile nak buat apakah ? ke manakah hala tuju ? Blurrrrrrrrrrr ...... Tapi ada nmpk dieog semue serbuu kertas yg tertampal di dinding dewan dannn aku pon mulalah menapakkan kaki di sana . Meja 3 bilik 07 . Ohhhh . Dan bila dah tahu ada lah kakak senior mengarahkan kami beratur utk pergi ke sebuah blok . Beratur lah mcm form 1 form 2 beratur nak g lab . Tetapi tetibaaaa .. jeng jeng jeng "didaaaaaaaaaaaa ! " haha , terseronok pulak tetiba aku jumpa die . Tak pernah lah seseronok tuu . Kalau dulu kalau jumpa rasa nak lempang jee *gurau , gurauuu* The end di situuu .

Seterusnya adalah utk menjawab ujian bertulis . Akak tuu agak nya bercakap  dengan og depan je kut . Kite og kat belakang ni tertanya tanya bilik mana bilik mana . Pastu tup tup hilang pulak . Hahaha . Mana lah bilik 07 aku ni . Okayy , keadaan blok tuu seriously 100% seperti bilik darjah . Ada papan putih , meja pelajar dan , meja guru . Dan dan dan , tak berapa lawa sgt . Dan dan dan suasana keseluruhan juga seperti di sekolah . Calon akan dibahagi kepada bilik bilk tertentu yg telah ditetapkan oleh penganjur . No meja pon telah ditetapkan . Kita tinggal cari cari jee . Makna nya kalau kita terpilih utk ke IPG adakah kita akan belajar di bilik darjah ?????? Hahaha , nma pon nak jadi cikgu sekolah rendah kan , jadi terimalah .

Okayy , maka ujian pon bermulalah pada tepat jam 8.30a.m. Ada 2 bahagian A dan B . Bahagian A ada 135 soalan dan bahagian B ada 60 soalan , masa yg diberi 45 minit sahaja . Bahagian A tuu soalan dia macam macam . Aduhh , acane nak ckp ehh . Ada 2 pilihan jee A dan B . Mcm diaa tanya kau soalan dan kau jawab lah A.wajar B.tidak wajar . Takde soalan yg memerlukan kau menghafal atau menggunakan bahasa sastera , saintifik atau menggunakan kakulatorr pon . Soalan tuu hanya membuat kita berfikir apakah rasionalnya . Yelaa , kau kan nak jadi pendidik . Amik yg positif positifnya sajee walaupon kau rasa bila kau jawab tuu mcm kau ni hiporkrit terhadap diri sendiri . Yelahh , penipu kan . Hhaha , paham tak ? Okayy , bahagian B nya pula mcm tentang diri kau sendiri . Kali ni mungkin kau boleh jujur kut . Antara soalan yg aku ingat lah 'adakah anda sering mendengar sesuatu membisik di telinga anda' 'adakah anda merasa tidak ada orang yg menyayangi anda' 'adakah anda merasa untuk mati' macam tuu lah lebih kurang . Pilih A.tidak benar sama sekali B.tidak benar C.benar D.sangat benar . The end . Cukup masa pensyarah kutip .

Okay . Habis jee menjawab , kami telah diarahkan untuk beratur di luar *see , berdisplin kan* dan memasukkan baju di dlm seluar . OMG ! Seumur hidup aku aku tak pernah buat sebegitu ! Mulanya aku tak buat tapi akak tuu berulang kali suruh , tention gak aku . Fuhhhh . Then masuk kan jelaaa . Dan kami berjalan menuju ke dewan yg memula kami check nama tadi . Ingat kan nak buat apa rupanya nak dgar taklimat pasal ujian fizikal . Dan di sini lah kita kan mengetahui apa yg perlu dibuat , so dont worry about apa yg kau nak buat pasal ujian fizikal . Klau aku yg agak eheemm ehemmm ni  boleh takkan kau tak boleh kan ? Tapi tak pe lah , meh aku gtau apa nak buat ujian fizikal memandangkan ramai yg curiosss . Huhuhu . Tpi sebelum tuu senior senior akan panggil nma kita utk kita bergroup . Group ni telah ditetapkan oleh mereka . Jgn nk berangan nak bergrouping ngan kawan ke , crush ke okay ? Good !

Semua ada 5 station . Station pertama station yg paling paling paling aku benci ! BMI . Aku tak pernah jujur kat sekolah dulu tentang BMI aku . Menyesal aku tak diet dulu sebelum datang ujian . BMI ni pon ade markah . Ikut lah klau ideal berapa markah , obess berapa , lebih berat badan berapa . Hahaha , jgn tanya aku punya ! Station ke dua tekan tubi bervariasi . Lain sikit ngan SEGAK kat sekolah dulu . Sebab nama pon variasi kan . 5 pergerakan jee dieog suruh buat . Tak susah , jgn risau . Next station , station 3 adalah lompat quadrat . Ikut turutan 1,2,3 dan 4 . Di sini kita kena lelompat ikut quadrat dan seimbangkan badan kita . Lompat lah klau boleh smpai 30 kali . Nnti dapat markah penuh . Walau aku bnyk buat salah tadi tapi abg baik tuu bg aku full mark . Tenkiuuu! haha . Jgn risau , abg India . Haha . Seterunya , station 4 silang sisi kut nma dia . Kita kangkang sikit , sentuh tangan ke lantai , then bangun pandang kanan sentuh dinding . Sentuh lantai semula bangun semula then pandang kiri dan sesentuh dinding kiri . Buat lelaju . Markah penuh akan diperoleh kalau kau mampu buat dlm 40 lelebih . Aku dapat 48 dan dpt full mark 15% . Okay , dann yeahhh , station terakhir , bleep test . Ni kene lelari sikit . Lari lepas dgau bnyi 'bleep' ke kon diseberang . Berhenti seketika dan lepas dgau lagi bnyi 'bleep' lari lagi ke kon yg permulaan . Dgau lagi lari lagi dgau lagi lari lagi smpai kau penat dan tak mampu lagi untuk smpat smpai ke garisan semasa bunyi 'bleep' tuu . Masa akan meningkat dengan meningkatnya level kita . Untuk og yg mcm aku yg memang jarang lagi amat jarang berjongging ni mmng cepat lah berhenti . Tak mampu aku lari lelama . Paham tak ayat aku kat sini ? Hahaha . Okayy habis stationn , yeahhh . Tuu je pon . Hhahaha .

Aku habis kira kira dalam pukul 12 setengah sebab ujian fizkal tuu dia mula awal . So dapat lah habis awal kan . Setelah group habis buat ke semua station baru kita boleh balik .  Dan di situu berakhirya UKCG aku pada hari ni di Kampus Raja Melewar . Boleh pakai baju sukan dari pagi dan jgn nak menonjol dengan hanya engkau sahaja pkai baju cantik okay ? Dan dan jgn nak berangan sangat kat sana nak jumpa senior kekacak lagi kacak sebab major yg jga di sana Senior India . Harap maklum semua dengan cerita aku di sini .

gambar google je , tak sempat nak selfie kat sana . HAHA



Thursday, 10 April 2014

10/4

Penat bagi sayang kat orang yang tak tahu nak menghargai . Oleh itu , kasih dan sayang aku limit sebab sakit rasanya menerima tak seberapa banyak dengan apa yg memberi . Bukan nak mengungkit bukan pulak nak meyoalkan soal keikhlasan , namun bila menyentuh soal hati dan perasaan , kawan yg kita rasa kita dah kenal bertahun pun belum tentu kita tahu ejaan dan sebutan namanya yang betul *perumpamaan* . Oleh itu , berpura selagi mana kita mampu untuk menyenangkan mereka . Dengan itu , maka mungkin hati aku dan hati engkau akan terjaga . Bunyi memang macam hipokrit , tapi andai itu takdir dan suratannya , terima dengan positif !

Friday, 4 April 2014

JPJ TEST 2014

Dan akhirnya setelah sekian lamanya penantiku akhirnya ia berakhir dengan jayanya semalam . Alhamdulillah aku telah lulus test jpj dan bakal menampal pelekat P pada kancil mak akuuuuuu .

Thank you , thank you . HAHAHA
Thank you lah pada SSDC Jasin dan pada cikgu yg telah mengajar aku dengan penuh penuh penuh ketekunan . Haha , puihh . Dan pada entry ini aku nak bercerita semua mengenai pengalaman aku semalam . Mana tahu dapat membantu sesiape yg menjengah kat belog aku ni *bajet famous kjp* haha . Awal aku datang ye semalam . Ada lah dalam 8.15a.m . Dedatang je aku terus masuk opis die . Aku ingat kene tekan nombor ke ape ke . Rupa rupanya die dah siap aturkan untuk kita . Tinggal check je kau dapat nombor giliran ke berapa . Tiada istilah siape cepat dia dapat di sini ya . Even awal mana pon kau datang kalau die dah tetapkan kau giliran ke 100 , ke 100 lah kau . Hhaha , so bersabar ya . Lepas tuu mereka menyuruh angka giliran dari no 1-50 untuk mendaftar dahulu . Yang lain mereka peruk dalam dewan dahulu . Nasib baik aku giliran ke 45 . Tak awal sangat dan tak lambat sangat dan apa yg menguntungkan lagi aku ada kawan , takde lah aku membisu membatu kat sana . Dah lah pengurusan di sana agak lembab . Biasa lah tuu .

Dalam pada menunggu untuk mendaftar , aku ternampak lah pegawai jpj dia . Wah , segak ! Pakaian seragam dia sebijik macam polis . Sungguh bergaya . Tapi tetibe seram pulak aku tengok . Macam garang je . Apalah nasib aku nanti . Haha . Dah mendaftar , perlulah kami menapak ke atas untuk menunggu masa untuk diuji . Dan ya , menunggu lagi . Menunggu pegawai jpj yang sedang bersarapan di kantin sana tuu . Berjurai peluh kami ni tahu . haihh .

Test jpj tempat aku ni aku tak tahu lah sama ke tak mcm tempat lain . Sebab mereka meletakkan dua kenderaan di hadapan bukit dan dua kenderaan di side parking . Semua calon dikendaki menunggu di satu sudut berdekatan dengan bukit . Di sudut tuu lah jelas boleh tengok kengkawan kita ni pass atau failed bukit . Memang agak malu lah kalau kita failed sebab semua og boleh tahu sebab semua og nampak . Dab jpj tester akan menajamkan pandangannya pada tayar kereta kita . Katanya hanya dua kali percubaan , failed bukit yg lain pun kita akan failed . Teruslah menunggu untuk test jalan raya pula . Punya gemuruh aku ni tuhan saja yg tahu . Tapi aku pujuk hati aku supaya buat bebetul . Yelah Alyah pass takkan aku tak ! Malu lah aku . Dan akhirnya dengan sekali percubaan aku pass jugak bahagian bukit tuu walau aku buat kereta tuu mcm kuda bak kata kakak jpj tuu . Haha .

Dah tuu , aku amik borang kat kakak tuu dan terus ke side parking dan serah kan pulak borang tuu kat pak cik jpj lagi sorang ni *tah mcm ape je* haha . Ada sorang calon ni die tak msuk kotak pon sebab enjin die kekejap terberhenti tapi pakcik tuu suruh die keluar suruh g tiga penjuru . Die sendiri pon pelik siap tnye dah lulus ke ? Tapi pakcik tuu kate pergi lah tiga penjuru dulu . Lepas die dah pass tiga penjuru dan dah letak semula kereta di sebelah side parking dan dia pon amik borang dia . Muka mcm dah hampa dan cecepat die gi kat kawan dia . Aku apa lagi , telinga mula lah melebarkan antena . Lulus weyhh dia . Aku rase pak cik baik gilo sebab ketara kot salah dia . Dah rezeki dia kan . Dan aku pon lulus bahagian side parking dan 3 penjuru tuu sebab aku rasa pak cik jpj ni takde lah amik kesah sgt . Thank you pak cik . Haha . Dan akhirnya , LULUS BAHAGIAN 2 , UJIAN MELETAKKAN KENDERAAN . Yeayyhh !

Aku habis bahagian 2 tuu dalam pukul 11.15a.m dan angka giliran dari 51-95 baru naik ke atas untuk diuji bahagian 2 . Boleh bayangkan tak berapa lamanya mereka kene menunggu . Wuu , alhamdulillah aku no 45 . Dan kami masih menunggu masa untuk di uji lagi . Pukul 12 baru no 14 , 15 . Wahh , aku dah mula buat percaturan masa dengan Alyah agaknya pukul berapa agaknya kiteog . Alyah awal sikit sebab dia no 34 . Kereta yg digukan ialah 4 buah kerata penguji . Ada kancil dan ada viva . Pukul 1.30p.m mereka berhenti untuk berehat . Baru giliran ke 26 . Dalam pukul 2.00p.m baru mereka gerak balik . Masa aku pergi sembahyang , Alyah dah pergi tak sempat ucap good luck . Haha . Dia balik jee , muka happy semacam . Ahh lulus laa tuu . Dan dia dapat penguji yg sama muka macam Ustazah Asiah . Dan kebetulannya nama penguji tuu pon Asiah . Hahha , what the kebetulan betul .

Masa tengah beborak tuu dah sampai pulak giliran aku . Tetibe semacam pulak rasa hati ni . Cewah . Hahaha . Aku masuk jee tak sempat nak bagi greeting segala dia suruh "cepat sikit eh" . Haha . Aku start jee enjin , dia cakap "dah terus jalan" , aku balas lah "tak payah check lampu semua?" "tak payah saya nak tengok skill awak kat jalan je mcm mna" nak je aku balas 'cam tuu pulak' hahahaa . So bermulah perjalan kami . Membatu jee dalam kete tuu . Nasib baik dia bukak radio . Hot f.m pulak tuu . Haha . Keling lelaki depan aku ni pon dia tgh test . Kat lampu isyarat boleh pulak mati enjin dia . Aku dah bersedia dah ni nak jalan dia tak jalan jalan lagi . Lama pulak tuu . Kereta belakang dah mula nak lencong . Apalah nasib aku ikut belakang dia . Haha . Masa nak balik tuu pon dekat lampu isyarat yg sama dia masih berada di barisan hadapan sekali . Masih lambat lagi , lampu dah hijau tak jalan jalan lagi . Apalah nasib dia asyik dapat lampu merah jee , depan sekali pulak tuu . Haha . Dan nak sampai SSDC tuu tetibe die terberhenti pulak kereta dia depan gate . Tah kenapa tah . Hhaha . Lawak pun ade jugak . Dah smpai tuu dia terus bagi borang aku , dan nasib baik sempat jugak aku ckp terima kasih . Haha , lulus jugak kau ika . Walaupun ngam ngam jee dia bagi . 16/20 . Markah lulus bahagian 3 16/20 . Alhamdulillah , tak payah nak ulang2 . Badi aku untuk ulang dua kali akhirnya berakhir . Apa tak nya , comp test 2 kali , pra test pon 2 kali tau aku ulang . Kesian mak aku . Habis duit dia . Hahaha .

Aku check lah balik borang markah aku dan aku salah no 2 . 'tidak membetulkan cermin tepi kiri ' kesalahan aku . Aku rase semua calon lah salah part ni . Sebab cermin tepi kiri tuu sebelah penguji tuu . Takde sape pon yg bukak cermin sebelah kiri utk betulkan cermin . Dan aku pon terpikir sekarang , patut lah ade sorang jpj ni lepas habis jee calon yg keluar dari kereta mesti dia bukak tingkap . Aku ingat dia saje nak amik angin ke apa rupa rupanya itu alasan dia . Tapi tkde pon sesiape ug betulkan cermin sebelah dia tuu . Moralnya di sini , betulkan lah cermin tepi kanan dan kiri walau dah perfect mana pon cermin tuu dan walau berbau mana pon ketiak kau time tuu betulkan aje cermin sebelah kiri jpj kau tuu ya . Hahaha . Dahlah ya . Sampai di sini sahaja coretan aku *puihh* .

P/S : ohh ya lupa nak ckp , cikgu yg ngajau aku kete tuu ckp yg tahun dia mereka nak tampah 2 lagi parking . Maksud nya semua sekali ada 5 lah nnti . Bukit , side parking , 3 penjuru dan 2 lagi . So goodluck okayy :) Kami dah lepas . Hihi

Assalamualaikum :*