Monday, 19 May 2014

ALAM BARU , DUNIA BARU


Jeng jeng . Hahaha , terkejut tak . Group K-pop pertama yg aku minat oleh kerana desakan dan pengaruh rakan sebaya maka terjebaklah saya . Haha , agak sedih jgk kerana tak mampu mempertahankan apa yg aku katakan sebelum ini *ye , aku kalah , haha . So many rumours about exo sekarang ni , jadi saya selaku peminat suam suam kuku ni mengucapkan all the best for EXO , fighting !

Oke done ! EXO bukan topic utama kita pada hari ini . Tak perlu kita membahaskan mengapa dan kenapa Kris mengemukan saman ke atas SM atau blablabla .

26/5 aku akan melangkah ke alam baru . Aku akan ke KMJ . Haha , tangkak je tak jauh pon . Sedih dan hiba jgk hati ini act nye sebab tak layak utk menjejakkan kaki ke IPTA mcm yg lain tapi ape boleh buat , rezeki Allah yg satu ni bukan milik aku , aku redho . Sebab aku yakin , sepuluh lagi rezeki Allah dah susunkan untuk aku . InsyaAllah , asalkan kita ikhlas belajar , tempat bukanlah satu alasan untuk kita terus bejaya . Kau pergilah ke Universiti terbaik kat dunia ni pon tp kalau kau dah malas atau tak nak belajar asyik ingat nak berjimba dan berseronok jee pon takde gune kawan . So dikesempatan ini , aku nak ucapkan *formal habis* selamat menempuh alam baru kepada rakan seperjuangan aku dan aku ada sedikit ucapan kepada :

  • NUR HUMAIRAH MD HAFIZ , ATHIRAH MOHD AZIZ , SITI NURSYAFIQAH YAHAYAH , SHAMIMI IMAN ABD RAZAK , SITI ZAHIDAH ISMAIL atau short form nye GLITZ . Haha . Banyak sebenarnye aku nak mintak tapi satu ni je aku rase paling penting , sila jangan lupa aku . Aku tahu nnti kita akan jumpa banyak kawan baru tapi aku harap sangat takkan ade yg boleh gantikan tempat aku dlm diri korang . Jangan ada kawan selfie yg lebih baik dari aku please please . Tyra , kita budak jasin , nnty kalau kau rindu sangat sangat sangat sangat kat aku kau call aku ye , opps takyah call , kau kedukut sikit kan nk call call ni , just text me atau nk free wc atau ws je . Hahaha , gegurau , jgn mawa . Nnty kite boleh lepak kat mana mana atau aku boleh straight dtg sepital . Kihkih . Humairah , wuuuu , aku tak tahu kenape kalau aku tgok suho je aku nmpk kau dlm diri die . haha , over tak ? Mungkin sbb cara kau sama dgn die kut , 'caring' . Hmm man , kat sana nnti jgn gatal gatal . Haha , aku tak risau sgt pasal kau sbb kau ni pandai bersosial dan aku yakin kau pandai pilih kawan . Aku harap bila aku jumpa kau 3 atau 4 tahun atau 5 tahun lagi ke , kau tetap kau ! Kau tetap miman yg aku kenal dulu , okay ? Hmm pika pulak , berhenti jadi poyo . Konon kate tak reti bergaul , takut kat kolej takde kawan ahh , itu ah ini ah .. Hahaha . Bnyk pon kawan , pastu bnyk pulak tuu post kat ig ngan kawan baru die . Ingat pika , jangan ade kawan selfie yg lebih baik dari aku ! HAHAHA . Zeyda zeyda zeyda , aku rase jauh sikit dari kau *jujur ni* semenjak kau pindah lagi . Aku rindu act nye waktu kita f3 dulu . Selalu mkn , turun blok sesama . Kihkih , aku kan yg paling rapat ngan kau duluu . Kankankan ? Cecepatlah ada fon , boleh msj selalu . Boleh lengkapkan group wechat yg sll tetukau group name die . Hhaha . We are one ! *ehh ?* Nnti kita set masa lain ye hang dan aku harap kali ini cukup kesemuanya . Aku tak reti beromantik tapi inilah yg aku rasa . Hopefully , ukhuwah yg terjalin antara kita ni akan kekal sampai bebila . Walau buruk masam masin mana pon perangai sorang sorang antara kita ni , aku tetap sayang . Terima kasih sudi jadi kawan aku dan terima baik buruk aku . I LOVE YOU .
  • Mya . Haha .  Aku tak minta maaf lagi kat kau pasal dulu dulu waktu kita kat hostel . Aku tak tahu lah kau perasan ke tak . Hahaha , malu lah nak cerita kat sini dan aku tak nak cerita pon . Apa apa pon , aku minta maaf atas segala perbuatan aku atas diri kau dan kalau dulu kau banyak terasa dengan aku . Tapi aku rasa kau tak perasan kut sebab kau bukan kesah pon pasal aku kan ? Dah dah . Nnti , kalau kau dapat tukau KMJ sama ngan aku , aku janji *cewah* kita kawan dan aku takkan tinggalkan kau walau aku ade banyak kawan mana pon nnti ye . Memang betul manusia berubah , hari ni kata A esok buat Z tapi kalau lah aku salah sorang dari manusia manusia sebegitu , mohon tegur dan perbetulkan aku . Ingat kan aku , sebab aku selalu terlupa . Deal ?
  • Jiah man , my kembau *kihkih* good luck oke . Tak sempat nak date ngan kau , takpe set lain tarikh dan masa okay . Syidot , Ya Allah , kan seronok kalau kita dapat IPG sesama nnti . Good luck oke di Sultan . Mohon jadi ketua pelajar umum muslimat nnti ye #AMIN . Good luck jugak untuk kawan kawan lain , Aifa , Adriana , Aini , Fad dan semua lah . Moga Allah jaga dan pelihara kita semua . Hihi .
  • Tak dilupakan jg kpd kawan baru aku , Kang Garry *mesti tyra nk tahu ni* . Good luck utk kau . Jaga diri , jaga iman dan paling penting jaga mata . Hahaha . Jangan lupakan aku . Ada masa call lah atau text . Kalau kau nk tunggu aku yg mulakan memang berabad lah . Bukan apa , aku malu lah . Mana tahu aku ni mengacau je kee kan . Aku tak suka mcm tuu . Aku suka kalau kau yg mulakan dulu sbb nnti takde lah aku rase aku ni over sangat atau terhegeh hegeh pulok . Okay kan ? Nnti set tarikh lain utk pejumpaan kita yg tertangguh dulu ni ye . Wah , betapa ramai nye orang yg aku hutang nak mengedate . Haha . 
Ya Allah permudahkan perjalanan kehidupan baru aku serta rakan rakan seperjuangan kuu dan jangan engkau sukarkan ia#AMIN . Kawan kawan , jaga diri , take care semua . Semoga apa yg kita pilih utk masa depan kita ni adalah yg terbaik utk diri kita serta keluarga . Semoga suatu hari nnti kita boleh berbakti kepada keluarga , masyarakat , negara dan agama ! InsyaAllah #AMIN


Thursday, 24 April 2014

KANG GARRY


Aku suka kau . Cara dan perwatakan kau antara fantasi dan realiti sama dan itu lah apa yg aku harapkan sebelum ni . Aku sangat selesa dengan kau dan terima kasih memahami aku . Aku tak mengharapkan lebih sebab aku takut apa yg aku nak aku takkan dapat walaupun jauh di lubok hati aku ni meronta ingin mendapatkan lebih dari itu . Tapi , apa yang aku nak kau tahu , aku suka kau . Terime kasih , sudi menjadi kawan yang baik untuk aku . Aku harap kau takkan berubah dari apa yg kau ada sekarang dan berpaling dari aku sebab aku mulaaa .... Hmm , abaikan . Please stay by my side :) Tapi kalau kau tak selesa dengan aku , aku tak kesah dan kau pon boleh beransur pergi dari hidup aku sebelum keadaan menjadi lebih haru biru . Tolong , aku taknak kecewa . Sakit nanti . Apa yg mampu aku harap sekarang antara kau dan aku , hubungan persahabatan yg terjalin ni , akan kekal walaupun atas nama sahabat :) Bak kata lirik lagu indon tuu , jangan pernah kau cuba untuk berubahh ~ , cewaahh . Entry ni khas untuk kau dari aku . Okay , sebelum aku lebih berbunga bunga baik aku tamatkan penulisan ini . Sekian :*

Monday, 14 April 2014

UKCG DI IPGKRM 2014

HELLO UOLLSSSSSSSSSS .

Hahaha . Hari ini aku rasa aku amat femess . Bukan sebab baru mengeluarkan single baru *apakah?* tetapi aku telah menghadirkan diri ke ujian kelayakan blaa blaa blaa in the braket UKCG . Hihi . Yelah , hari ini kan hari pertama . Ramai kengkawan dapat hari Rabu lah Khamis lah , tapi aku dapat hari ini . Takdir . Memang aku takde kawan di situ . Yg aku kenal tetibe ternmpk pon Izzah dan kak sholihah . Tuu pun kami berasingan jauhh . Sempat berhai hai bye bye jee T.T Tapi tak pe sebab masa pon bukan lama nau pon utk kita memerlukan kawan yg rapat . Tapi ada lah jugk beborak sesikit "amik bidang apa?" "dari mana?" hah tu jelahh . Tak de nak bergelak gurau senda sesama . Okay stop !

Awal aku bertolak dari rumah Pak Ngah *thank you pak ngah sending me there* dalam pukul 6.15 lepas subuh gituu lah utk menuju ke destinasi . Yelaa takut sesesat ke kan . Mana tahu . Preparation lerr kata kan , huhu . Sampai dalam pukul 7.45a.m. Sesampai jee dah boleh tahan ramai jugak lah manusia yg berbaju putih berseluar hitam dan berkasut menuju ke sebuah dewan . Sesampai jee blank gile nak buat apakah ? ke manakah hala tuju ? Blurrrrrrrrrrr ...... Tapi ada nmpk dieog semue serbuu kertas yg tertampal di dinding dewan dannn aku pon mulalah menapakkan kaki di sana . Meja 3 bilik 07 . Ohhhh . Dan bila dah tahu ada lah kakak senior mengarahkan kami beratur utk pergi ke sebuah blok . Beratur lah mcm form 1 form 2 beratur nak g lab . Tetapi tetibaaaa .. jeng jeng jeng "didaaaaaaaaaaaa ! " haha , terseronok pulak tetiba aku jumpa die . Tak pernah lah seseronok tuu . Kalau dulu kalau jumpa rasa nak lempang jee *gurau , gurauuu* The end di situuu .

Seterusnya adalah utk menjawab ujian bertulis . Akak tuu agak nya bercakap  dengan og depan je kut . Kite og kat belakang ni tertanya tanya bilik mana bilik mana . Pastu tup tup hilang pulak . Hahaha . Mana lah bilik 07 aku ni . Okayy , keadaan blok tuu seriously 100% seperti bilik darjah . Ada papan putih , meja pelajar dan , meja guru . Dan dan dan , tak berapa lawa sgt . Dan dan dan suasana keseluruhan juga seperti di sekolah . Calon akan dibahagi kepada bilik bilk tertentu yg telah ditetapkan oleh penganjur . No meja pon telah ditetapkan . Kita tinggal cari cari jee . Makna nya kalau kita terpilih utk ke IPG adakah kita akan belajar di bilik darjah ?????? Hahaha , nma pon nak jadi cikgu sekolah rendah kan , jadi terimalah .

Okayy , maka ujian pon bermulalah pada tepat jam 8.30a.m. Ada 2 bahagian A dan B . Bahagian A ada 135 soalan dan bahagian B ada 60 soalan , masa yg diberi 45 minit sahaja . Bahagian A tuu soalan dia macam macam . Aduhh , acane nak ckp ehh . Ada 2 pilihan jee A dan B . Mcm diaa tanya kau soalan dan kau jawab lah A.wajar B.tidak wajar . Takde soalan yg memerlukan kau menghafal atau menggunakan bahasa sastera , saintifik atau menggunakan kakulatorr pon . Soalan tuu hanya membuat kita berfikir apakah rasionalnya . Yelaa , kau kan nak jadi pendidik . Amik yg positif positifnya sajee walaupon kau rasa bila kau jawab tuu mcm kau ni hiporkrit terhadap diri sendiri . Yelahh , penipu kan . Hhaha , paham tak ? Okayy , bahagian B nya pula mcm tentang diri kau sendiri . Kali ni mungkin kau boleh jujur kut . Antara soalan yg aku ingat lah 'adakah anda sering mendengar sesuatu membisik di telinga anda' 'adakah anda merasa tidak ada orang yg menyayangi anda' 'adakah anda merasa untuk mati' macam tuu lah lebih kurang . Pilih A.tidak benar sama sekali B.tidak benar C.benar D.sangat benar . The end . Cukup masa pensyarah kutip .

Okay . Habis jee menjawab , kami telah diarahkan untuk beratur di luar *see , berdisplin kan* dan memasukkan baju di dlm seluar . OMG ! Seumur hidup aku aku tak pernah buat sebegitu ! Mulanya aku tak buat tapi akak tuu berulang kali suruh , tention gak aku . Fuhhhh . Then masuk kan jelaaa . Dan kami berjalan menuju ke dewan yg memula kami check nama tadi . Ingat kan nak buat apa rupanya nak dgar taklimat pasal ujian fizikal . Dan di sini lah kita kan mengetahui apa yg perlu dibuat , so dont worry about apa yg kau nak buat pasal ujian fizikal . Klau aku yg agak eheemm ehemmm ni  boleh takkan kau tak boleh kan ? Tapi tak pe lah , meh aku gtau apa nak buat ujian fizikal memandangkan ramai yg curiosss . Huhuhu . Tpi sebelum tuu senior senior akan panggil nma kita utk kita bergroup . Group ni telah ditetapkan oleh mereka . Jgn nk berangan nak bergrouping ngan kawan ke , crush ke okay ? Good !

Semua ada 5 station . Station pertama station yg paling paling paling aku benci ! BMI . Aku tak pernah jujur kat sekolah dulu tentang BMI aku . Menyesal aku tak diet dulu sebelum datang ujian . BMI ni pon ade markah . Ikut lah klau ideal berapa markah , obess berapa , lebih berat badan berapa . Hahaha , jgn tanya aku punya ! Station ke dua tekan tubi bervariasi . Lain sikit ngan SEGAK kat sekolah dulu . Sebab nama pon variasi kan . 5 pergerakan jee dieog suruh buat . Tak susah , jgn risau . Next station , station 3 adalah lompat quadrat . Ikut turutan 1,2,3 dan 4 . Di sini kita kena lelompat ikut quadrat dan seimbangkan badan kita . Lompat lah klau boleh smpai 30 kali . Nnti dapat markah penuh . Walau aku bnyk buat salah tadi tapi abg baik tuu bg aku full mark . Tenkiuuu! haha . Jgn risau , abg India . Haha . Seterunya , station 4 silang sisi kut nma dia . Kita kangkang sikit , sentuh tangan ke lantai , then bangun pandang kanan sentuh dinding . Sentuh lantai semula bangun semula then pandang kiri dan sesentuh dinding kiri . Buat lelaju . Markah penuh akan diperoleh kalau kau mampu buat dlm 40 lelebih . Aku dapat 48 dan dpt full mark 15% . Okay , dann yeahhh , station terakhir , bleep test . Ni kene lelari sikit . Lari lepas dgau bnyi 'bleep' ke kon diseberang . Berhenti seketika dan lepas dgau lagi bnyi 'bleep' lari lagi ke kon yg permulaan . Dgau lagi lari lagi dgau lagi lari lagi smpai kau penat dan tak mampu lagi untuk smpat smpai ke garisan semasa bunyi 'bleep' tuu . Masa akan meningkat dengan meningkatnya level kita . Untuk og yg mcm aku yg memang jarang lagi amat jarang berjongging ni mmng cepat lah berhenti . Tak mampu aku lari lelama . Paham tak ayat aku kat sini ? Hahaha . Okayy habis stationn , yeahhh . Tuu je pon . Hhahaha .

Aku habis kira kira dalam pukul 12 setengah sebab ujian fizkal tuu dia mula awal . So dapat lah habis awal kan . Setelah group habis buat ke semua station baru kita boleh balik .  Dan di situu berakhirya UKCG aku pada hari ni di Kampus Raja Melewar . Boleh pakai baju sukan dari pagi dan jgn nak menonjol dengan hanya engkau sahaja pkai baju cantik okay ? Dan dan jgn nak berangan sangat kat sana nak jumpa senior kekacak lagi kacak sebab major yg jga di sana Senior India . Harap maklum semua dengan cerita aku di sini .

gambar google je , tak sempat nak selfie kat sana . HAHA



Thursday, 10 April 2014

10/4

Penat bagi sayang kat orang yang tak tahu nak menghargai . Oleh itu , kasih dan sayang aku limit sebab sakit rasanya menerima tak seberapa banyak dengan apa yg memberi . Bukan nak mengungkit bukan pulak nak meyoalkan soal keikhlasan , namun bila menyentuh soal hati dan perasaan , kawan yg kita rasa kita dah kenal bertahun pun belum tentu kita tahu ejaan dan sebutan namanya yang betul *perumpamaan* . Oleh itu , berpura selagi mana kita mampu untuk menyenangkan mereka . Dengan itu , maka mungkin hati aku dan hati engkau akan terjaga . Bunyi memang macam hipokrit , tapi andai itu takdir dan suratannya , terima dengan positif !

Friday, 4 April 2014

JPJ TEST 2014

Dan akhirnya setelah sekian lamanya penantiku akhirnya ia berakhir dengan jayanya semalam . Alhamdulillah aku telah lulus test jpj dan bakal menampal pelekat P pada kancil mak akuuuuuu .

Thank you , thank you . HAHAHA
Thank you lah pada SSDC Jasin dan pada cikgu yg telah mengajar aku dengan penuh penuh penuh ketekunan . Haha , puihh . Dan pada entry ini aku nak bercerita semua mengenai pengalaman aku semalam . Mana tahu dapat membantu sesiape yg menjengah kat belog aku ni *bajet famous kjp* haha . Awal aku datang ye semalam . Ada lah dalam 8.15a.m . Dedatang je aku terus masuk opis die . Aku ingat kene tekan nombor ke ape ke . Rupa rupanya die dah siap aturkan untuk kita . Tinggal check je kau dapat nombor giliran ke berapa . Tiada istilah siape cepat dia dapat di sini ya . Even awal mana pon kau datang kalau die dah tetapkan kau giliran ke 100 , ke 100 lah kau . Hhaha , so bersabar ya . Lepas tuu mereka menyuruh angka giliran dari no 1-50 untuk mendaftar dahulu . Yang lain mereka peruk dalam dewan dahulu . Nasib baik aku giliran ke 45 . Tak awal sangat dan tak lambat sangat dan apa yg menguntungkan lagi aku ada kawan , takde lah aku membisu membatu kat sana . Dah lah pengurusan di sana agak lembab . Biasa lah tuu .

Dalam pada menunggu untuk mendaftar , aku ternampak lah pegawai jpj dia . Wah , segak ! Pakaian seragam dia sebijik macam polis . Sungguh bergaya . Tapi tetibe seram pulak aku tengok . Macam garang je . Apalah nasib aku nanti . Haha . Dah mendaftar , perlulah kami menapak ke atas untuk menunggu masa untuk diuji . Dan ya , menunggu lagi . Menunggu pegawai jpj yang sedang bersarapan di kantin sana tuu . Berjurai peluh kami ni tahu . haihh .

Test jpj tempat aku ni aku tak tahu lah sama ke tak mcm tempat lain . Sebab mereka meletakkan dua kenderaan di hadapan bukit dan dua kenderaan di side parking . Semua calon dikendaki menunggu di satu sudut berdekatan dengan bukit . Di sudut tuu lah jelas boleh tengok kengkawan kita ni pass atau failed bukit . Memang agak malu lah kalau kita failed sebab semua og boleh tahu sebab semua og nampak . Dab jpj tester akan menajamkan pandangannya pada tayar kereta kita . Katanya hanya dua kali percubaan , failed bukit yg lain pun kita akan failed . Teruslah menunggu untuk test jalan raya pula . Punya gemuruh aku ni tuhan saja yg tahu . Tapi aku pujuk hati aku supaya buat bebetul . Yelah Alyah pass takkan aku tak ! Malu lah aku . Dan akhirnya dengan sekali percubaan aku pass jugak bahagian bukit tuu walau aku buat kereta tuu mcm kuda bak kata kakak jpj tuu . Haha .

Dah tuu , aku amik borang kat kakak tuu dan terus ke side parking dan serah kan pulak borang tuu kat pak cik jpj lagi sorang ni *tah mcm ape je* haha . Ada sorang calon ni die tak msuk kotak pon sebab enjin die kekejap terberhenti tapi pakcik tuu suruh die keluar suruh g tiga penjuru . Die sendiri pon pelik siap tnye dah lulus ke ? Tapi pakcik tuu kate pergi lah tiga penjuru dulu . Lepas die dah pass tiga penjuru dan dah letak semula kereta di sebelah side parking dan dia pon amik borang dia . Muka mcm dah hampa dan cecepat die gi kat kawan dia . Aku apa lagi , telinga mula lah melebarkan antena . Lulus weyhh dia . Aku rase pak cik baik gilo sebab ketara kot salah dia . Dah rezeki dia kan . Dan aku pon lulus bahagian side parking dan 3 penjuru tuu sebab aku rasa pak cik jpj ni takde lah amik kesah sgt . Thank you pak cik . Haha . Dan akhirnya , LULUS BAHAGIAN 2 , UJIAN MELETAKKAN KENDERAAN . Yeayyhh !

Aku habis bahagian 2 tuu dalam pukul 11.15a.m dan angka giliran dari 51-95 baru naik ke atas untuk diuji bahagian 2 . Boleh bayangkan tak berapa lamanya mereka kene menunggu . Wuu , alhamdulillah aku no 45 . Dan kami masih menunggu masa untuk di uji lagi . Pukul 12 baru no 14 , 15 . Wahh , aku dah mula buat percaturan masa dengan Alyah agaknya pukul berapa agaknya kiteog . Alyah awal sikit sebab dia no 34 . Kereta yg digukan ialah 4 buah kerata penguji . Ada kancil dan ada viva . Pukul 1.30p.m mereka berhenti untuk berehat . Baru giliran ke 26 . Dalam pukul 2.00p.m baru mereka gerak balik . Masa aku pergi sembahyang , Alyah dah pergi tak sempat ucap good luck . Haha . Dia balik jee , muka happy semacam . Ahh lulus laa tuu . Dan dia dapat penguji yg sama muka macam Ustazah Asiah . Dan kebetulannya nama penguji tuu pon Asiah . Hahha , what the kebetulan betul .

Masa tengah beborak tuu dah sampai pulak giliran aku . Tetibe semacam pulak rasa hati ni . Cewah . Hahaha . Aku masuk jee tak sempat nak bagi greeting segala dia suruh "cepat sikit eh" . Haha . Aku start jee enjin , dia cakap "dah terus jalan" , aku balas lah "tak payah check lampu semua?" "tak payah saya nak tengok skill awak kat jalan je mcm mna" nak je aku balas 'cam tuu pulak' hahahaa . So bermulah perjalan kami . Membatu jee dalam kete tuu . Nasib baik dia bukak radio . Hot f.m pulak tuu . Haha . Keling lelaki depan aku ni pon dia tgh test . Kat lampu isyarat boleh pulak mati enjin dia . Aku dah bersedia dah ni nak jalan dia tak jalan jalan lagi . Lama pulak tuu . Kereta belakang dah mula nak lencong . Apalah nasib aku ikut belakang dia . Haha . Masa nak balik tuu pon dekat lampu isyarat yg sama dia masih berada di barisan hadapan sekali . Masih lambat lagi , lampu dah hijau tak jalan jalan lagi . Apalah nasib dia asyik dapat lampu merah jee , depan sekali pulak tuu . Haha . Dan nak sampai SSDC tuu tetibe die terberhenti pulak kereta dia depan gate . Tah kenapa tah . Hhaha . Lawak pun ade jugak . Dah smpai tuu dia terus bagi borang aku , dan nasib baik sempat jugak aku ckp terima kasih . Haha , lulus jugak kau ika . Walaupun ngam ngam jee dia bagi . 16/20 . Markah lulus bahagian 3 16/20 . Alhamdulillah , tak payah nak ulang2 . Badi aku untuk ulang dua kali akhirnya berakhir . Apa tak nya , comp test 2 kali , pra test pon 2 kali tau aku ulang . Kesian mak aku . Habis duit dia . Hahaha .

Aku check lah balik borang markah aku dan aku salah no 2 . 'tidak membetulkan cermin tepi kiri ' kesalahan aku . Aku rase semua calon lah salah part ni . Sebab cermin tepi kiri tuu sebelah penguji tuu . Takde sape pon yg bukak cermin sebelah kiri utk betulkan cermin . Dan aku pon terpikir sekarang , patut lah ade sorang jpj ni lepas habis jee calon yg keluar dari kereta mesti dia bukak tingkap . Aku ingat dia saje nak amik angin ke apa rupa rupanya itu alasan dia . Tapi tkde pon sesiape ug betulkan cermin sebelah dia tuu . Moralnya di sini , betulkan lah cermin tepi kanan dan kiri walau dah perfect mana pon cermin tuu dan walau berbau mana pon ketiak kau time tuu betulkan aje cermin sebelah kiri jpj kau tuu ya . Hahaha . Dahlah ya . Sampai di sini sahaja coretan aku *puihh* .

P/S : ohh ya lupa nak ckp , cikgu yg ngajau aku kete tuu ckp yg tahun dia mereka nak tampah 2 lagi parking . Maksud nya semua sekali ada 5 lah nnti . Bukit , side parking , 3 penjuru dan 2 lagi . So goodluck okayy :) Kami dah lepas . Hihi

Assalamualaikum :*

Wednesday, 26 March 2014

#PRAYFORMH370

AMIN RA RABBALA'LAMIN .

Aku hanya mampu berkongsi kedukacitaan yang aku rasa namun hakikatnya betapa peritnya kenyataan yang harus diterima oleh ahli keluarga mereka mengenani berita ini . Bersabarlah andai itu takdir yang telah ditetapkan untukmu , maka redho lah . InsyaAllah Allah akan menggantikan ia dengan suatu berita yang gembira untukmu .

Monday, 10 March 2014

HAZIRAH'S DAY

1. BISMILLAH , FIRST OF ALL :


Ya Allah , aku tak dapat bayangkan kalau lah ada antara ahli keluarga atau orang yang aku sayang berada dalam pesawat tuu masa ni . Dah dua hari hilang entah kemana perginya . Sabarkan lah hati keluarga-keluarga mereka tatkala ini ya Allah walau apa juga bangsa dan agama mereka . Kau maha perancang dan hanya engkau lah yang maha mengetahui apa yang telah engkau tetap kan buat kami ya Allah . Semoga Engkau selamatkan mereka walau dimana sahaja Engkau menyembunyikan mereka . Mungkin ini adalah ujian yang telah kau turunkan kepada kami , ampunkanlah kami andai kami telah melukaimu . Amin . #PRAYFORMH370


2. 9/3 :

HAPPY BIRTHDAY HUMAIRAH HAFIZ ! Hahaha . Maaf late wish nya . Yelah , time birthday aku pon kau wish lambat kan . Saja nak membalas dendam . Hahha , tak lah , gurau aje . Terima kasih wahai Humairah sebab telah menjaga aku selama mana aku berada di sharod tuu . Kau baik dengan aku walau kadang kadang kau suka menyakitkan hati aku . Hihihi . Kadang kadang caring jugak kau dekat aku . Hohoho . Last last masa SPM aku suka menyusahkan kau kan . Sorry ye dan thank you beribu thank you sudi melayan kerenah keanak anakkan aku ni . Tak sangka sebenarnya kita ni kawan dari form 1 sampai ke form 5 kan . Aku rasa tak pernah pon aku tak rapat dengan kau even kita kelas dan dorm lain lain . Kita pernah gaduh tak ehh ? Hhaha . Dah dah tanak ingat . Tapi Humai , sila turunkan sedikit ego anda ituu yaa . Ikhlas ni . Minta maaf kalau selama ni aku ada sakit kan hati kau atau mengasari kau atau segala perbuatan yang aku tak perasan aku dah buat kat yang yg telah mengguris kau *ceh ayat aku* . Okay lah , Humairah , selamat menjalani hari hari kedewasaan seperti aku dan jangan asyik hantar request Candy Crush kat aku ajeee . Hahaha . Good luck untuk segala galanya . Semoga ukhuwah yang terjalin selama 5 tahun ni akan sentiasa diberkati olehNya dan segar bugar , cewah . InsyaAllah . *sweet tak aku , HAHAHA*



HAPPY BIRTHDAY HUMAIRAH :*
   
3. 10/3 :

HAPPY BIRHDAY HAZIRAH . Semoga bertambah cantik dari hari ke hari . Walaupun kejap je aku dapat kenal kau tapi aku sayang kat kau . Jangan tanya kenapa . Malu aku . HAHA . Sedih gila aku bila kau kata kau nak pindah time tuu siap dah packing semua barang dah . Ahh , kisah dulu jangan dikenang . Sila jaga diri , jaga iman , jaga aurat , jaga kesihatan , jaga kecantikan dan jaga segalanya . Bear aku bagi dulu tuu kau simpan tak ? Sedihlah kalau tah kemana kau humban dia . Walau cikai aku beli untuk kau tapi bermakna tuu . Hahaha . Sila jangan lupa kan akak cun kau ni *puih . PMR kan this year ? Walaupun 5 subjek jee *betul ke?* sila dapatkan yang terbaik . Aku doakan kau berjaye *poyo habis ayat* . Good luck yee jia . Selamat hari lahir , semoga keberkatan dari Ilahi sentiasa bersama mu . Semoga berjaya di dunia mahupun akhirat kelak . InsyaAllah .Rindunya dekat kauu dik . Dahlah , makin over pulak aku ni kang . Kbye Hazirah .


 HAPPY BIRTHDAY HAZIRAH ,
I DO LOVE YOU , MUUAHH :*







 

Saturday, 22 February 2014

WAJAH BARU !

ASSALAMUALAIKUM !

JENG JENG JENG ... Mak datuk ai , penat aku mengedit belog ni weyh . Ini lah kali pertama aku mengedit . Sebelum ni memang tak pernah mencuba . Takut laa , nanti tak lawa . Hhaha . Aku mana bole tengok tak lawa tak cantik ni , melanggar fitrah aku yg sedia lawa lagi cantik ni *ini over , gurauan semata* . Sebelum ni pon belog ni bukan hasil tangan aku . Kihkihkih . Now , 100% changed . No grey grey lagi yee dielaa . Hhaha . Satu satu blog blogger aku terokai hanya semata mencari tutorial nak mencantikkan blog ni . Ramai jugak ehh yg sedia membantu . Rajin gile dieog tuu . Mana lah mereka tahu pasal code code ni . Mata aku berpinau weyh tgok code code yg ade tuu , ishh . HAHA . Ada pulak tuu Denim templete lah , Simple templete lah , Minama Minana hah mcm tuu lah bunyi nyee , haha , bende apa tuu ? Kahkahkah . Og yg tak bijak mcm aku ni mmng tak tahu laa . Bahasa bahasa utk belog ni pon ade yg aku tak paham . Tak paham apa lah search google tengok jelaa gambau kak ! Nak jadikan cerita , aku hampir terkandas separuh jalan , yelah , aku ni mane boleh susah sikit , mulalah nak down . Hihi , namun ku tekadkan juga hati ini menempuh liku liku . Dan dan dan inilah hasilnya . Bagi og yg permulaan seperti aku ni not bad lah kan . Cantik juga blog aku ini aku make up kan . Kihkihkih , over pulak . Setakat yg ade ni jelaa dan sementare tgh free memanjang ni kan . Daripada aku menbongkang ade elok nya juga aku habiskan masa buat bende alah ni . Sampai tak senang aku tidur malam tadi memikirkan blog yg tak siap ni . Okayy lah , bagi sapa yg nak mencuba tuu silakan lah , jgn putus asa . Buat apa yg boleh menggembirakan hati anda *bajet bajet famous* Hhaha , sokayy lah , undur diri dulu yaa , Assalamualaikum (:

Wednesday, 29 January 2014

29/1

Hai thereeeeeee . Hihihhihihihihihihihihihihihihihihihihihi . Hmmm , lama jugak tak menaip disini , kihkihkihkih xD Lama lah sangat . Err . Hhahaha . Tetibe terasa malu pulak nak update post baru #Kodahkenapa ? Hhahaha . Okayy mengarut . Hmm apalah cerita tentang adik aku kat sharod tuu . Entah pindah entah tidok . Kelas apa . Amik apa . 100% lost contact . Dia lah , knp tak contact aku . Result PMR pon tak share ngan aku . Takpe kau ina . Kau buat aku gini aku balas balik nnty . Hahaha , takut tak takut tak . Taklaa , gurau je . Hmm , aku dengar kau tak dapat straight hari tuu . Takpalah dik , bukan rezeki kau untuk dapat straingt PMR nii . SPM maybe , InsyaAllah . Go go go , fighting ina . Aku titipkan doa dari jauh je ni . Hope engkau tabah untuk melayari liku liku sebangai senior . Jgn ada akk lain sudah laa . Hihi , lahai sweetnya aku . Puihh . Dulu tanak sweet sweet . Err , aku sweet dari jauh ajee okayy . Apa barang depan depan . Hhaha . Okayy enough .

Gambar yg last day tuu dah hilang T.T

Hahaha , hari ni aku baru reti guna YM . "Aduhh , memang kebelakang ko ni ka" "Orang dah berabad guna bende tuu kau baru reti ?? " Hei , peduli pulak aku . Aku mana layan bende bende mcam tuu dulu . Aku fokus study dulu mana ada masa nak belajau pasal tuu semua . Study okay ! Kan itu lebih penting lebih dari segala . Hahaha , koya mung . Takde laa , itu semua alasan . Aku memang buta IT sikit . Setakat tekan keyboard ni boleh laa . Yg lain memang kelaut laa . Lemas lalu tergelam . Okayy itu kelam . Hhaha .

Dah dekat seminggu sejak peristiwa aku dimarahi oleh pengajar yg sepatutnya mengajar aku untuk menjadi pemandu yg berhemah pada suatu hari nanti tapi beliau telah gagal menjalankan amanah yg diberi , aku tidak menghadirkan diri ke situ lagi *ayat bangla . Sedihnya . Aku tahu aku lembab tapi tak boleh ke kau bersabar sikit ? Tak patut tak patut tak patut betul kau ni laa !! Troma aku laa nak gi belajau lagi . Ingat kan nak habiskan awal tapi kalau dah macam ni lambat lagi lah aku dapat P . Takpe , now aku sedang berusaha belajar memandu dgn mak aku . Kau mesti ternganga mulut punya tengok aku dah reti bawak kete nnty . Aku pandai bukan sebab kau jangan kau tumpang dapat nama nnty laa . Ehh m geram betul ! Dah laa .

Okayy , Bye :*

Tuesday, 7 January 2014

Allahu Rabbi


Bukan namanya kehidupan lah kalau tak ada masalah kan ? Tapi , tapi ... Ya Allah , tenangkan lah hati .



Friday, 3 January 2014

Allah Allah Allah


Ya Allah , kuatkanlah kasih sayang antara mereka berdua . Jauhkanlah daripada bisikan syaitan yang sentiasa membisikkan kemusnahan terhadap kasih sayang mereka . Hanya padaMu aku memohon dan berserah segalanya . Sesungguhnya Engkau adalah perancang terbaik , rencanalah segala yang baik baik untuk mereka dan kami . Aku percaya pada segala ketentuan yang telah engkau tetapkan . Teguhkan lah Ya Allah akan hati dan iman ini . Janganlah engkau runtuhkan dan goncangkan ia . Sinarilah kehidupan mereka dengan kebahagian . Kebahagian di dunia mahupun akhirat kelak . Sayangilah mereka sepertimana mereka menyayangiku . Limpahkan lah segala rezeki yang berada di langit mahupun di bumi kepada mereka . Semoga kasih sayang antara mereka berpanjangan sehingga ke akhir hayat mereka . Selamatkanlah masjid yang telah dibina oleh mereka . Aku benar benar merayu Ya Allah . Perkenanan kan lah doa seorang anak yang naif ini . Amin , amin Ya Rabbi .


Wednesday, 1 January 2014

twenty forteen .

Assalamualaikum dan waalaikumussalam . Haha , rase mcm baru bln lps aku update pasal new year 2013 nii dah bertukar ke new year 2014 . Masa  berlari dengan begitu pantas meninggalkan kita di belakang . Kalau kita tak berlari sepantas masa mungkin kita akan sentiasa tertinggal dan ditinggalkan . Yelaaa , sape je nak tunggu kau yg lembap plus lampi tuu ? Kura-kura yg lembab tuu kalau berlatih tiap dengan penuh ketekunan dan keazaman dalam dirinya setiap hari sebab nak capai matlamat dia pon lagi hebat dari kau . Kau sedar tak ?

Semoga apa yg tertulis di buku buku catatan kita mengenai azam azam tahun baru kita tertunai dan dipermudahkan Allah . Jangan tenung jee azam tuu , sila laa usaha oke . In Sha Allah . Allah bersama kita , tiada yg mustahil , yeayy !

Good bye 2013:

Ringkasan rangkuman 2013 . #selected. Ia berjalan lancar . Alhamdulillah ia bermula dan berakhir dengan aman . I'll miss all the moment . Thank you kepada semua yg terlibat secara langsung mahupun tidak . Warna warni kehidupan , pahit , gentir , biarlah menjadi sejarah . Tutup buku lama dan buka buku baru . Jangan serabutkan diri dengan bende yg menyesakkan . Just forget , padam dan relex . Pikir bende yg tak de kesudahan kan membuang masa , banyak lagi bende berfaedah kau boleh buat . Atasi dengan bijak , anda mampu mengubah nya . Assalamualaikum .